Wednesday, January 15, 2014

Aku Rindu Kau Sahabat...

Salam readers... today aku nk cerita kan tentang seorang kawan aku yang dah lama pergi meninggalkan aku dan kawan-kawan yang lain. Tujuan aku tulis berkenaan beliau adalah suapaya ingatan kepada beliau tidak pernah hilang dlm diri aku mahupun diri kawan2 yang lain. Yang rapat dgn beliau mungkin akan teringat kenangan manis antara beliau dan anda. Aku antara rakan yang rapat dgn beliau.

Beliau pelajar yang berpindah ke sekolah aku pada akhir tahun semasa aku di tingkatan 1. Pada mulanya ramai yang tak berapa ambil kisah bila beliau dtg, aku pun tak amik kisah sgt walaupun beliau masuk kelas aku. Kami mula rapat pada tingkatan 2 bila aku dan kawan2 yang lain satu kelas dgn beliau. Beliau seorang yang peramah, kuat buat lawak, mcm2 perkara yang dia buat utk membuatkan org disekelilingnya ketawa. 

Dengan tubuh nya yang kurus kering beliau di beri jolokan nama 'TekPit' atau dalam erti kata yang btol nyer (aku pun tak tahu mana dtg nama tu)... Tapi sejak dari tu aku tak pnggil beliau dgn nama beliau yang sebenar dah. Aku pnggil dgn panggil 'TekPit' ... Beliau rapat jugak dgn geng2 pengawas sebab beliau dilantik menjadi pengawas sekolah time tingkatan 2. Beliau ni seorang yang agak merendah diri la jgk...dan pngalaman yang tak dpt aku lupakan dgn beliau aku belajar naik motor dgn beliau... beliau lah individu yang bertanggungjawab mengajar aku mcm mana nk menunggang motosikal. Malu beb tingkatan dua tak reti naik moto lg..keje naik basikal jer...beliau lah yg ajar aku menggunakan motor bapak dia Suzuki RC dan Skuter VS150 .Aku belajar bwk motor pun curi-curi (dpt tahu kat mak aku time tu mmg mampos aku kene) tp dia mmg tak kedekut..dia bg je aku bwk motor bapak dia tu lalu jalan kampung dgn motif nak ajar aku naik motor. 

Waktu di tingkatan tiga, aku sedikit pun tak pernah terfikir yang aku akan kehilangan seorang kawan yang baik dan rapat dgn aku. Hari kejadian, aku selalu balik sekolah dan tunggu ayah aku dtg amik kat bwah pokok depan sekolah..beliau selalu dtg teman aku sembang smpailah ayah aku dtg amik. Rumah dia depan sekolah je..dekat. Pada hari tu dia ajak aku lepas aku balik nk ajak keluar beli hadiah harijadi utk member pompuan kelas aku. Aku on je...tp ptg tu dia cancel kan nak gi beli hadiah sbb dia kata ada polis buat roadblock kat jalan aku nk pg rumah dia tu...Time tu aku dh ada moto dh,moto abg aku...tp aku tak de lesen. Sebut pasal roadblock mmg aku rasa seram sikit. So aku tak jadi nk keluar dgn beliau haritu.

Keesokkan harinya kami pelajar2 PMR ni kene susun kerusi utk menduduki PMR minggu depan. Seperti biasa sebelum ada perhimpunan kami akan melepak di belakang bangunan sementara menunggu loceng berbunyi. Tapi pagi tu 'TekPit' tak dtg sekolah.... aku bertanya dlm hati " Jadah tak dtg sekolah harini kan nk susun meja utk PMR dan dh ckap dh bdak2 PMR wajib hadir harini?" Masa tu aku tak terfikir pape yang buruk berlaku lagi sehinggalah parent beliau telefon guru kelas dan guru kelas beritahu kepada kami semua yang beliau KEMALANGAN motosikal malam semalam dan skrng beliau didalam keadaan kritikal.

Selepas sekolah kami beramai2 ke hospital utk menjenguk beliau... kami semua naik bas ke hospital seberang jaya. Ketika tgok beliau mmg dah tenat, beliau hanya menggunakan bantuan pernafasan utk bernafas. Time tu aku tak terfikir sedikit pun beliau akan tinggalkan kami semua, yang aku fikir beliau mungkin terlepas nak buat PMR bersama2 kawan2 yang lain. Kami balik kerumah selepas menjenguk beliau dan pengalaman penting yang terjadi time ni adalah bas dah habis utk balik ke rumah. Aku dan member2 aku berjalan kaki dari Summit ke rumah mmber aku. Dalam 5.4 kilometer lah jugak kami berjalan memalam buta tu.

Dan keesokkan paginya kami mendapat berita sedih yang beliau telah pergi buat selamanya... terasa mcm baru semalam aku berjumpa beliau..aku mcm tak boleh nak kata apa2...kami dapat tahu beliau mungkin disemadikan di kampungnya Kemunting,Perak. Masa tu sapa pun mana ada lesen lagi. Moto ada tp masing2 tak berapa berani nk naik moto jejauh (dlm kampung berani la)... Kami mencari Van utk disewa dan ada ayah kpd mmber aku nk tlg jadi driver ke sana. Yang bestnya nk sewa van tapi masing2 tak de duit.. sewa van utk sehari RM120. Bila mintak nk kumpul duit masing2 keluarkan dlm RM5...minyak motor lepas la.. Alhamdulillah seorang kawan aku Khairi Hafizi menolong kami dgn ikhlas hati ibu beliau memberikan kpd kami RM120 utk menyewa van utk ke Kemunting. Terima Kasih kpd keluarga Hafizi. 

Walaupun kami dpat pergi ke kampung beliau..tapi kami tak sempat pun berjumpa beliau atau memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Hanya kubur sahaja yang dpt kami lihat didepan kami..Walaubagaimanapun, kami berdoa agar roh beliau ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.... 

Beliau adalah....


Muhammad Nazreen
1990-2005
Semoga Allah menempatkan beliau ditempat orang2 yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...amin...
Al-Fatehah

No comments: